Semoga Terus Maju PMRAM

Posted on Rabu, Oktober 22, 2008

Bismillah..
Alhamdulillah, sudah lama ana tidak menjenguk laman web PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir). Bukan sebab lupa atau jarang mengikuti perkembangan persatuan mahasiswa Malaysia induk di Mesir itu, akan tetapi sebelum ini laman tersebut masih di peringkat kemaskini dan belum beroperasi dengan sepenuhnya (semasa ana balik ke Malaysia awal bulan Ogos dulu la).Tetapi baru-baru ni tergerak hati untuk melihat apakah perkembangan terkini laman web tersebut. Alhamdulillah, suatu perkembangan yang cukup baik. Banyak perubahan, pembaikan serta dimasukkan visual dan grafik yang cantik bagi saya.

Ana berharap mudah-mudahan PMRAM akan terus maju bergerak bersama kemajuan teknologi dalam memperjuangkan peranan mahasiswa Islam di Bumi Anbia'. InsyaAllah. Didoakan juga agar hubungan kerjasama MKKK (Majlis Kebajikan Keluarga Kedah) dengan PMRAM akan terus berpanjangan dan utuh. Tambahan pula, PMRAM sebagai salah satu penaung bagi persatuan anak negeri Kedah ini.

"Ya Allah, Engkau jadikanlah kami orang yang saling kasih-mengasihi keranaMu, dan Engkau hindarkanlah dari kami perasaan benci dan hasad kepada saudara muslim kami yang lain"


"JULANG THAQAFAH, BAKTI DICURAH"
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
http://www.pmram.org/

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments