Berkati Perjalanan Ini Ya Ilahi

Posted on Isnin, Oktober 20, 2008

Alhamdulillah..
Sudah 2 bulan lebih ana berada di tanah air bercuti. Rasanya sudah cukup puas melepaskan rindu kepada kampung halaman, sanak saudara, kaum keluarga dan teman-teman di sini. Bukan setakat itu, tujuan ana balik ke Malaysia tahun ni pun supaya dapat lihat dengan jelas perkembangan sosial, politik dan masyarakat di bumi pertiwi. Mudah-mudahan 2-3 tahun lepas ni taklah terlalu terkejut dengan perkembangan di sini bila balik nanti. Penting juga tu untuk memahami sosial masyarakat di tempat kita sekarang ni. Arus modenisasi dan dunia tanpa sempadan menyebabkan segala-galanya bergelak pantas. Kalau kita tidak ikut serta dalam arus ni, kita akan ketinggalan jauh ke belakang dan dianggap jumud oleh masyarakat. Itu realitinya. Tambahan pula para pendokong dan pencinta Islam tidak boleh pandang remeh isu-isu seperti ni.

Buktinya Rasulullah SAW sendiri merupakan orang yang paling memahami sosial kehidupan masyarakat Arab zaman Baginda serta baginda menggunakan tapak sosial untuk berdakwah kepada masyarakat zaman itu dengan menerapkan nilai-nilai murni ajaran Islam. Selain itu Baginda SAW juga tidak pernah menolak segala fasiliti duniawi yang berfaedah untuk kegunaan manusia bahkan menggunakannya sebagai medan untuk berdakwah dan mentaqarrubkan diri kepada Ilahi. Hal ini akan dapat kita fahami apabila kita menyusuri sepanjang sirah kehidupan baginda. Lihatlah bagaimana Baginda digelar 'al-Amin', dikasihi dan diteladani oleh masyarakat Arab sebelum perutusan baginda sebagai Rasul lagi dan sehinggalah menjadi seorang pemimpin negara yang dikagumi di zaman itu. Aduhai Rasulullah, ampunkanlah umatmu ini yang masih culas mencintaimu serta mengikuti sunnahmu..

Berbalik kepada bab 'anak perantau pulang ke desa' tadi. Ya, desa itu indah. Walaupun permai di perantau itu lebih cantik dan mempersona, hati kita akan tetap merindu kampung halaman di desa. Bak lirik lagu 'Oh indahnya permai negeri orang, tak seindah tanah tumpah darahku' nyayian Jamal Abdillah, begitulah hati kita tidak boleh dan tidak sekali-kali akan melupakan tanah pertiwi tempat kelahiran kita. Bayangan wajah sanak saudara, teman sepermainan waktu kecil, serta kampung halaman tempat kita meniti kehidupan dari kecil sehinggalah remaja akan tetap terpahat dalam hati sanubari. Betullah kata-kata "Bahagia bukanlah dicapai dengan menilai indah di mata tetapi merasai tenang dalam jiwa".

wajah-wajah yang tidak akan aku lupa, merekalah permata
(tok dan tok wan)

Kini ana menghitung hari, mengira masa untuk bertolak ke Bumi Anbia', Mesir. 3 hari berbaki untuk berkesempatan menghirup udara di Malaysia, kemudian terpaksa untuk terbang ke Perlembahan Nil itu untuk meneruskan perjuangan. InsyaAllah..
Kepada sahabat-sahabat, doakan perjalanan insan kerdil ini. Mudah-mudahan dalam aman dan sejahtera. Amin.

Jadual Penerbangan
PEN-SIN, SIN-CAI


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments