Menyuburkan Ukhuwwah Menyemai Mahabbah

Posted on Rabu, Oktober 08, 2008

Tanggal 4 Oktober 2008 mencatatkan sejarah yang begitu berharga buat ana dan sahabat-sahabat yang menghadiri perhimpunan reunion ex-Mahadian SPM 2004. Setelah 2 tahun tidak bertemu dengan sahabat-sahabat di sini, saat-saat seperti ini tidak sepatutnya ana sia-siakan. Bila lagi ana akan ada kesempatan seumpama ini untuk bertemu kawan-kawan lama yang sememangnya begitu rapat ketika di Maktab Mahmud dulu. Teringat kenangan-kenangan lama bersama kawan-kawan ketika masih belajar di Maahad (2001-2005), memori rumah sewa (Darul Islah) dan segala aktiviti yang kami lakukan bersama dulu. Sememangnya pengalaman ini tidak boleh dibeli walaupun berbilion ringgit pun. Pengalaman-pengalaman inilah yang mengajar erti kehidupan serta kesedaran betapa berharganya nilai ukhuwwah.

Gambar beramai-ramai selepas tamat majlis


Majlis reunion yang bertempat di kantin Maahad Lilbanat kali ini pada mulanya dijadualkan bermula pada jam 2.30 petang. Tetapi disebabkan ramai lagi sahabat yang lain belum sampai, ditangguhkan sementara sampai ke pukul 3.30 petang. Alhamdulillah, ramai juga sahabat-sahabat yang hadir. Bagi pihak ikhwah, 34 orang yang hadir. Ramai juga la kan?. Apapun bagi ana, kesempatan berjumpa beramai-ramai seperti ini bukan selalu dalam hidup. Yalah, apabila masing-masing telah berbeza dari segi medan pengajian serta tapak penglibatan dalam bidang yang pelbagai, bukannya mudah untuk berkumpul sekali.

Apapun, tidak banyak perubahan yang berlaku dari segi fizikal dan tingkah laku sahabat-sahabat selama 2 tahun berlalu. Begitu jugalah ana. Cuma mungkinlah dari segi semangat, mentaliti dan ilmu yang banyak berubah. Memang sepatutnya pun perubahan dan peningkatan dalam perkara ini adalah perlu buat kita yang menuntut ilmu dan mempunyai kefahaman Islam. Bukannya bersifat statik dan tidak ada daya maju. Bukan begitu sifat pemuda-pemuda Islam sepertimana yang dibentuk oleh Rasulullah SAW pada zaman baginda. Jadilah umpama pohon yang rendang lagi berbuah yang memberi manfaat kepada orang lain. InsyaAllah, sama-sama kita doakan. Akhir kalam, selamat berjuang buat sahabat-sahabatku.


04/10/2008 : Reunion Ex-Mahadian SPM 2004

SAHABAT..
Semoga perjalanan diberi hidayah..
Hati disemai rahmah..
Kehidupan dilimpahi barakah..
Perjuangan dipasak istiqamah..
Hubungan dipupuk ukhuwah..


"YA ALLAH, KEPADAMU KAMI MENYERAH PASRAH"

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments