PEMBUNUHAN UMAT ISLAM PALESTIN - Hakikat Yahudi

Posted on Ahad, Disember 28, 2008
Filed under , ,

Bismillah..

Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Hidup kita hari ini masih diberi ketenangan. Panorama dunia di mata sendiri masih dihiasi kedamaian. Alam sekeliling masih tidak ditimpa bencana. Anak-anak kecil masih boleh bermain riang dan bergelak ketawa. Begitu indahnya hidup kita di sini. Tidak kira dimana kita berada. Tapi kata-kata ini hanya buat mereka yang diberi Tuhan sedikit kesenangan dalam hidup di dunia kini. Mudah-mudahan kesenangan dan keindahan ini tidak bisa menghanyutkan kita ke alam fatamorgana kelalaian dan menenggelamkan kita ke jurang kemaksiatan. InsyaAllah..

Namun yang pasti kesenangan ini hanya sementara kerana kita pasti akan menempuhi alam akhirat yang akan kekal selama-lamanya. Menemui Tuhan Yang Maha Pencipta Segala-galanya. Lalu dihisab segala amalan tidak kira perbuatan kecil atau besar timbangannya.

Allah Taala telah memberi peringatan kepada hambanya yang menderhaka kepada suruhanNya dan melanggar laranganNya serta mengingatkan bahawa kesenangan yang dikecapi itu hanya sementara dan kepadaNya akan dikembalikan. Firman Allah Taala :
Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa Yang kamu telah lakukan.
(Surah Yunus : ayat 23)


27 Dis. 08- Sungguh kejam, zalim, tidak berhati perut, dan kejinya puak zionis Israel. Segala kata kutukan selayaknya ditujukan kepada umat laknat Yahudi itu kita hamburkan tanda kebencian dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam Palestin. Hari ini (28 Dis. 08) di saat seluruh masyarakat dunia bersedia untuk menyambut kedatangan tahun baru (hijri @ masihi), Israel telah merobek hak, maruah dan nyawa umat yang digelar khairu ummah ini dengan serangan bom dan peluru pandu di Genting Gaza, Palestin.

BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.

-Sumber : Utusan Malaysia Online


Tidak hairanlah kerana Allah Taala telah menyatakan kepada kita bahawa umat ini akan sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi ini terutamanya di bumi Palestin sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran :
4. dan Kami menyatakan kepada Bani Israil Dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh Dengan melampau.
(Surah Al-Isra' : ayat 4)

Tak habis-habis perangainya bahkan tidak akan selamanya umat laknat ini akan hidup senang jika tidak menzalimi umat lain. Bagi mereka hanya kaum Yahudi sahaja yang mulia dan sepatutnya hidup bahagia di muka bumi ini. Merekalah raja dan ketua bumi. Umat dan kaum lain di kalangan manusia pula ibarat hamba bahkan mungkin binatang bagi mereka yang boleh diperlakukan apa sahaja. Tambahan pula umat Islam yang sangat dibenci oleh kaum Yahudi kerana deretan kisah silam yang telah menghantui mereka.

Allah Subhanahu Wataala telah berfirman :
82. Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang Yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yang berkata: "Bahawa Kami ini ialah orang-orang Nasrani" Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan Ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
(Surah al-Maidah : ayat 82)

Sejarah Islam sejak zaman nabi Yaakub AS hinggalah Nabi Muhammad SAW yang menyaksikan umat ini telah ditimpa dengan pelbagai musibah dan bala daripada Allah Taala disebabkan perbuatan keji mereka sendiri. Mereka sanggup menentang suruhan Allah Taala dan menyanggahi apa yang diperintahkanNya kepada mereka semata-mata menuruti kehendak nafsu yang membusuk dalam hati mereka. Bahkan mereka sanggup untuk membunuh para nabi dan rasul suruhan Allah Taala yang telah diutuskan untuk memberi petunjuk peada mereka. Allah Taala telah menjanjikan azab api neraka buat mereka kecuali hanya segelintir sahaja yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat di kalangan mereka.

"Bersabarlah Saudaraku, Kemenangan Pasti di Pihak Kita"

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments