Bingkisan Bicara Buat Penuntut Ilmu Sempena Imtihan
Posted on Sabtu, Januari 16, 2010
'Panas' imtihan sudah terasa. Peperiksaan penggal pertama sesi 2009/2010 bagi mahasiswa/wi Universiti al-Azhar telah bermula pada hari ini, 16/1/2010. (Rujuk laman web al-Azhar berkaitan pengumuman tarikh peperiksaan : [link].)
Semestinya masing-masing sibuk dengan persediaan terakhir sebelum menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan ketika ini. Nota dan buku-buku kuliah bagaikan tidak boleh dipisahkan dari genggaman. Terasa amat ruginya masa-masa yang berlalu walau sedetik dalam fatrah imtihan. Sunyi komputer dan laptop masing-masing dari filem-filem. Qiamullail, zikir, doa dan amalan-amalan ibadah dilipatgandakan. Ya Allah, semuanya menjadi ahli suffah di bulan ini. Alhamdulillah, para malaikat semestinya bergembira menghamparkan sayapnya menaungi mereka-mereka yang menuntut ilmu.
Ujian dalam Hidup Manusia
Sejarah manusia menyaksikan, sejak Nabi Adam 'alaihissalam, manusia telah diuji oleh Allah Taala. Mereka diuji keimanan mereka dalam menempuh kehidupan. Samada kebenaran atau kebatilan menjadi pilihan. Ujian adalah saksi kepada kasih Tuhan kepada makhlukNya. Peringatan agar mereka sentiasa dalam rahmatNya. Benarkah mereka dalam keimanan dan ketakwaan kepadaNya atau kepalsuan yang dibalut dengan amal kebaikan. Ianya akan terbukti melalui natijah yang terhasil daripada amalan mereka ketika menghadapi ujian tersebut. Bahagialah para rasul, anbia' dan golongan solihin kerana mereka telah berjaya dalam mengharungi ujian dari 'Kekasih Agung' mereka, Allah Taala.
Firman Allah Taala :Semestinya masing-masing sibuk dengan persediaan terakhir sebelum menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan ketika ini. Nota dan buku-buku kuliah bagaikan tidak boleh dipisahkan dari genggaman. Terasa amat ruginya masa-masa yang berlalu walau sedetik dalam fatrah imtihan. Sunyi komputer dan laptop masing-masing dari filem-filem. Qiamullail, zikir, doa dan amalan-amalan ibadah dilipatgandakan. Ya Allah, semuanya menjadi ahli suffah di bulan ini. Alhamdulillah, para malaikat semestinya bergembira menghamparkan sayapnya menaungi mereka-mereka yang menuntut ilmu.
Ujian dalam Hidup Manusia
Sejarah manusia menyaksikan, sejak Nabi Adam 'alaihissalam, manusia telah diuji oleh Allah Taala. Mereka diuji keimanan mereka dalam menempuh kehidupan. Samada kebenaran atau kebatilan menjadi pilihan. Ujian adalah saksi kepada kasih Tuhan kepada makhlukNya. Peringatan agar mereka sentiasa dalam rahmatNya. Benarkah mereka dalam keimanan dan ketakwaan kepadaNya atau kepalsuan yang dibalut dengan amal kebaikan. Ianya akan terbukti melalui natijah yang terhasil daripada amalan mereka ketika menghadapi ujian tersebut. Bahagialah para rasul, anbia' dan golongan solihin kerana mereka telah berjaya dalam mengharungi ujian dari 'Kekasih Agung' mereka, Allah Taala.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
[al-Ankabuut : ayat ke 2-3]
Imtihan Suatu Penilaian Tahap Ilmu
Peperiksaan adalah medan untuk menilai setakat mana ingatan kepada ilmu yang telah dipelajari. Ilmu adalah penyuluh kepada kehidupan manusia. 'Cahaya Allah' tidak akan menyuluh jalan kebenaran kepada golongan yang melakukan maksiat dan berterusan dalamnya. Salah faham kepada peranan peperiksaan banyak mengelirukan penuntut-penuntut ilmu. Mereka belajar semata-mata untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berjaya dalam peperiksaan adalah lambang kejayaan sebenar bagi mereka. Slogan mereka adalah "Belajar untuk Berjaya dalam Imtihan". Tidak sedikit mereka yang berputus asa apabila gagal dalam peperiksaan. Lalu dipilih jalan penyelesaian yang keji atas perasaan putus asa mereka. Menyalahkan Tuhan, guru, rakan-rakan, nota-nota pelajaran atau sebagainya. Bahkan hingga sanggup untuk membunuh diri kerana telah tiada harapan untuk hidup bagi mereka. Mereka ini telah gagal dalam kegagalan. Bertimpa-timpa kegagalan dihadapi oleh mereka. Inilah manifestasi dari niat yang salah dalam menuntut ilmu.
Ayuh, ana mengajak diri hina ini dan sahabat-sahabat supaya kita kembali kepada niat sebenar dalam menuntut ilmu. Bersama kita gigih dalam menuntut ilmu demi menegakkan agama dalam diri dan masyarakat kita. Memimpin jiwa-jiwa manusia daripada bergantung kepada duniawi kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. InsyaAllah, dengan niat yang suci dan amalan yang berterusan, kita akan diberikan kejayaan dalam segala ujian yang dihadapi. Penuntut ilmu yang benar niatnya akan berterusan belajar tidak mengira masa ketika hampir peperiksaan atau tidak. Peranan mereka begitu besar untuk memberikan inzar dan pengajaran kepada masyarakat.
Firman Allah Taala :
[al-Ankabuut : ayat ke 2-3]
>Pelbagai bentuk ujian diberikan kepada manusia samada berbentuk kesusahan & keperitan untuk melihat adakah mereka bersabar atau berputus asa.
Firman Allah Taala : Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
[Muhammad : ayat 31]
[Muhammad : ayat 31]
>Ujian berbentuk nikmat kesenangan dan kemudahan duniawi untuk melihat adakah mereka bersyukur dengan nikmat tersebut atau tenggelam mereka dalam kealpaan dan kemaksiatan.
>Ujian berbentuk suruhan & larangan dalam syariat untuk melihat adakah mereka taat atau ingkar.
Firman Allah Taala :Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
[al-Anfaal : ayat 24]
[al-Anfaal : ayat 24]
>Ujian berbentuk nafsu syahwah dan keinginan yang Allah Taala berikan kepada manusia terhadap wanita, anak-anak dan harta benda. Justeru, diuji adakah mereka lalai dan terjebak dalan kemaksiatan dengan pemberian tersebut atau mereka bersyukur dan bertambah keimanan dan ketakwan mereka kepadaNya.
Firman Allah Taala : Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
[at-Taghabun : ayat 15]
[at-Taghabun : ayat 15]
>Di antara ujian yang besar ditimpakan kepada manusia ialah syubuhat yang ditiup oleh syaitan ke jiwa manusia untuk meragu-ragukan mereka dalam agama. Justeru, diuji mereka adakah tetap teguh mereka dalam berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah atau berpaling kepada undang-undang ciptaan manusia.
Firman Allah Taala :Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
[an-Nisa' : ayat 65]
Mudahan kita tergolong di kalangan mereka yang berjaya dalam mengharungi ujian-ujian ini bersama golongan solihin. Selagimana tetap teguh dalam ajaran Tuhan, selari bersama sunnah Rasulullah.
Imtihan Suatu Penilaian Tahap Ilmu

Ayuh, ana mengajak diri hina ini dan sahabat-sahabat supaya kita kembali kepada niat sebenar dalam menuntut ilmu. Bersama kita gigih dalam menuntut ilmu demi menegakkan agama dalam diri dan masyarakat kita. Memimpin jiwa-jiwa manusia daripada bergantung kepada duniawi kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. InsyaAllah, dengan niat yang suci dan amalan yang berterusan, kita akan diberikan kejayaan dalam segala ujian yang dihadapi. Penuntut ilmu yang benar niatnya akan berterusan belajar tidak mengira masa ketika hampir peperiksaan atau tidak. Peranan mereka begitu besar untuk memberikan inzar dan pengajaran kepada masyarakat.
Firman Allah Taala :
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
[at-Taubah : ayat 122]
Berdoalah Wahai Penuntut-penuntut Ilmu
[at-Taubah : ayat 122]
Berdoalah Wahai Penuntut-penuntut Ilmu
Senjata paling tajam yang bisa membunuh musuh-musuh ialah doa hamba yang soleh. Iltizam dengan doa adalah di antara alamat kejayaan seseorang hamba. Contoh taulan teragung, Baginda Rasulullah saw sentiasa menadah tangan memohon doa kepada Kekasihnya. Diangkat darjat Baginda ke tingkat tertinggi kerana pergantungan yang tinggi Baginda kepada Rabul Jalil.
Firman Allah Taala :Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
[Ghafir : ayat 60]
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
[al-Baqarah : ayat 186]

-----------------------------------------------------------------------------------------------
>>Ana doakan kita semua dianugerahkan kejayaan dalam imtihan kali ini dan seterusnya dalam kehidupan di dunia serta akhirat oleh Allah Taala. KepadaNya semata kita mengharap dan memohon pertolongan. Bittaufiq wan najah..
Comments
Akhukum fi Islam
- Abufiqiah
- Nasr City, Cairo, Egypt
- Kehidupan ini penuh dengan ujian dan dugaan. Tempuhinya dengan keimanan dan ketakwaan. Wahai pemuda, tetapkan langkahmu.. assyabab_abufiqiah87@yahoo.com
Mutiara Kata
"Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur"
-Imam Assyafie
"Pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera dengan kemajuan melimpah ruah akan lebih mementingkan diri sendiri daripada nasib agama dan bangsanya.
"Namun, pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang berjuang kerana agama dan bangsanya sedang dijajah, akan berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak, khazanah serta kebebasan mereka yang telah dirampas dan dinafikan.
"Bagaimanapun, gagasan akan berjaya jika wujud empat asas iaitu keimanan dari hati yang bersih, keikhlasan dari jiwa yang suci, semangat dari keinginan yang kuat dan usaha melalui keazaman yang membara. Semua itu ada pada orang muda."
-Imam Hasan Al-Banna
"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para rasul. Sekiranya aku gugur maka terlucutlah satu rantai"
-Syed Qutub

Bicara Ukhuwah
Rancang Kehidupanmu
Followers
Link Bloggers
-
-
-
-
-
Laman Page Dan FB Saya10 tahun yang lalu
-
Ahlan 201411 tahun yang lalu
-
-
-
Puasa & Kesihatan12 tahun yang lalu
-
-
-
-
Detik bahagia...13 tahun yang lalu
-
Lama Betul Tidak Menulis13 tahun yang lalu
-
SYURGA ITU KEKAL ATAU AKAN MUSNAH??13 tahun yang lalu
-
Manusia di Akhir Zaman13 tahun yang lalu
-
PMRAM Membidas Tuduhan Mahasiswa Mesir Lemah Bahasa Arab13 tahun yang lalu
-
-
-
-
Sabarlah wahai Us Jamal14 tahun yang lalu
-
Testing14 tahun yang lalu
-
-
Komuniti Blogger Azhari14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives

LINK ULAMA'
- Habib Umar Muhammad Salim
- Habib Ali Zainol Abidin
- Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi
- Syeikh Dr Ali Jum'ah
- Syeikh Dr Umar Abdullah Kamil
- Dr Abdullah Nasih Ulwan
- Dr Yusuf Qardawi
- Dr Muhammad al-Ghazali
- Dr Muhammad Said Ramadhan Bouti
- Dr Wahbah Zuhaily
- Syeikh Ahmad Deedat
- Syeikh Fathi Yakan
- Syeikh Muhammad Naim 'Aroqsusi
- Syeikh Abdullah Bayyah
- JABHAH ULAMA' AZHAR
- KESATUAN ULAMA' SEDUNIA
- DARUL IFTA' MISRIAH
- ULAMA' SYARIAH
Catat Ulasan