Tirai 2008 dibuka dengan isu maruah..
Posted on Rabu, Januari 02, 2008
Filed under
ilmiah,
masyarakat,
minda
Maruah juga dirujuk sebagai harga diri. Istilah mutakhir digunakan ialah integriti. Apapun, ia merujuk kepada sesuatu nilai paling tinggi yang ada dalam diri manusia. Manusia berbeza dengan binatang. Binatang ada otak tetapi tiada akal. Binatang ada nafsu tetapi tiada sifat malu. Binatang ada keinginan tetapi tiada peraturan. Binatang ada kehendak tetapi tidak berfikir dosa pahala. Binatang tidak berfikir panjang untuk memenuhi runtunan nafsunya. Ia tidak berfikir tentang implikasi adegan seksnya dengan pasangan binatang yang lain- ‘isteri’nyakah? ‘kawan baik’nya kah? ada anakkah nanti, di tengah khalayak manusia atau tidak. Yang penting kepuasan nafsu dicapai. Ini binatang. Dan memang layak perangai binatang sebegini. Manusia yang ada nafsu, keinginan dan kehendak mestilah terbeza dari haiwan lain. Apabila ingin memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut mestilah berdasarkan akal. Namun akal semata-mata tidak menjamin benar salah dan memandu dengan baik kepada tindakan manusia. Akal berhajat kepada panduan agama, petunjuk wahyu sebenar yang menjadi pembimbing manusia, sama ada manusia Melayu, Cina, India, Arab, Inggeris dan lain-lain. Manusia yang mahu melepaskan nafsunya mestilah menurut peraturan. Di zaman Arab jahiliah pun, keturunan yang baik tidak lahir dari perzinaan. Agama-agama yang lain pun punya peraturan. Jika peraturan itu dilanggar, manusia tersebut sepatutnya bertanggungjawab dengan perbuatannya. Tirai tahun baru 2008 baru dibuka. Sepatutnya ia dibuka dengan ceria, baik dan penuh kebaikan. Namun, di tanahair tercinta ini ia dibuka dengan isu pendedahan aksi di bilik tidur DVD oleh seorang menteri yang menjaga KESIHATAN, tetapi beliau sendiri tidak menjaga ‘KESIHATAN’ diri, keluarga dan maruahnya. Kalau yang dipentingkan isteri, anak dan keluarga, mengapa terlibat dalam aksi salah dengan bukan isteri? Pengakuan bersalah kerana memang bersalah adalah baik. Tetapi lebih baik kalau meletakkan jawatan sebagai menteri kerana maruah adalah lebih mahal dari jawatan. Di luarnegeri, banyak skandal seks melibatkan pemimpin politik mengheret sipelakunya meletakkan jawatan dan mengundurkan diri. Ini lebih gentleman dan bermaruah, bukan sekadar memohon maaf. Cukup sayang dan malang, di sebuah negara yang cemerlang dan terbilang, kalau seorang menteri yang sudah mengaku bersalah dengan skandal seks dibiarkan untuk terus menerajui sebuah kementerian yang mempromosi seks sihat!?
rantisi_jr"-tranungkite.net
Comments
Akhukum fi Islam
- Abufiqiah
- Nasr City, Cairo, Egypt
- Kehidupan ini penuh dengan ujian dan dugaan. Tempuhinya dengan keimanan dan ketakwaan. Wahai pemuda, tetapkan langkahmu.. assyabab_abufiqiah87@yahoo.com
Mutiara Kata
-Imam Assyafie
"Pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera dengan kemajuan melimpah ruah akan lebih mementingkan diri sendiri daripada nasib agama dan bangsanya.
"Namun, pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang berjuang kerana agama dan bangsanya sedang dijajah, akan berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak, khazanah serta kebebasan mereka yang telah dirampas dan dinafikan.
"Bagaimanapun, gagasan akan berjaya jika wujud empat asas iaitu keimanan dari hati yang bersih, keikhlasan dari jiwa yang suci, semangat dari keinginan yang kuat dan usaha melalui keazaman yang membara. Semua itu ada pada orang muda."
-Imam Hasan Al-Banna
"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para rasul. Sekiranya aku gugur maka terlucutlah satu rantai"
-Syed Qutub
Bicara Ukhuwah
Rancang Kehidupanmu
Followers
Link Bloggers
-
-
-
Min zaman7 tahun yang lalu
-
-
-
Laman Page Dan FB Saya9 tahun yang lalu
-
-
-
Puasa & Kesihatan11 tahun yang lalu
-
-
-
-
Detik bahagia...12 tahun yang lalu
-
Lama Betul Tidak Menulis12 tahun yang lalu
-
SYURGA ITU KEKAL ATAU AKAN MUSNAH??12 tahun yang lalu
-
Manusia di Akhir Zaman12 tahun yang lalu
-
PMRAM Membidas Tuduhan Mahasiswa Mesir Lemah Bahasa Arab13 tahun yang lalu
-
-
-
-
Sabarlah wahai Us Jamal13 tahun yang lalu
-
Testing13 tahun yang lalu
-
-
Komuniti Blogger Azhari14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
LINK ULAMA'
- Habib Umar Muhammad Salim
- Habib Ali Zainol Abidin
- Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi
- Syeikh Dr Ali Jum'ah
- Syeikh Dr Umar Abdullah Kamil
- Dr Abdullah Nasih Ulwan
- Dr Yusuf Qardawi
- Dr Muhammad al-Ghazali
- Dr Muhammad Said Ramadhan Bouti
- Dr Wahbah Zuhaily
- Syeikh Ahmad Deedat
- Syeikh Fathi Yakan
- Syeikh Muhammad Naim 'Aroqsusi
- Syeikh Abdullah Bayyah
- JABHAH ULAMA' AZHAR
- KESATUAN ULAMA' SEDUNIA
- DARUL IFTA' MISRIAH
- ULAMA' SYARIAH
Catat Ulasan